Aug 5

Rindu ini..

Category: Monolog

rindu ini masih bertamu
cinta ini masih bersyahdu
kasih ini masih berliku

kata orang cinta itu buta
kata lagi jika sayangkan orang lepaskanlah dia
itulah yang aku damba
sedang hati ini merelakan
doa dan harapan masih berbunga
tanpa jemu tanpa curiga
ku tuju hanya padaMu yang Maha Esa
kerana Engkaulah yang mempunyai kuasa

saat diri mengharungi bahtera
menyusun langkah dan rasa di dada
melukis hamparan yang tiada benarnya
jatuhku merundum rasa yang hina
sungguh aku perlukan dirimu
memautku menemanku bersama
namun.. tangisan ini tiada berbaki
ku gagahi kaki ini untuk terus berdiri
memimpin si kecil melatihnya untuk terus berlari
walau jatuhku berulang kali

Ya Allah.. padaMu tempat aku bermohon
diberi kekuatan dan kesabaran
agar diri ini masih terpelihara
di bawah lembayung kasihMu yang Esa

kasih ini tiada hujungnya
kasih mengurai cinta yang sama

2 comments

Jul 26

New look ??

Category: Uncategorized

Alhamdulillah..keep figuring out how to make my own design for this site, and manage to make it about 5+ hours concentrate on exploring this wordpress template. I’ve make a changes of codes in one of the template’s code, err.. sorry owner of the template :p
The green and purple color were the combination color that I take from my friend’s wedding card, when we drafting the card, it’s nice actually. The design.. err.. cannot be more creative as I can’t save new images in the server coz I don’t have the authority to do that. So as it is jela ye..

New look.. doesn’t mean have a new feel. but the love in my heart grows everyday, as my son grew up everyday.. “anak penguat semangat dan kasih sayang ibu bapa” kan.. though in my case, it just a one side. but to Allah I give a hope for turning it into two-tango :D

Oh, dear Abdullah Hasan, bersabar ye sayang.. mummy bulan ni lemah sgt, physically and mentally.. mummy are trying to change the mood, concentrate into other things that make me busy. so that bila petang mummy balik, the moment with you will be great. Berdoalah ye sayang, supaya kita dapat bersama Abi semula. Perkenankan Ya Allah.. Aamiin.

No comments

Jul 26

Moaning..

Category: Personal

There was a time when I’m begging and saying for something like ..
“Please save me and our son, dear”.. never been heard but been blamed for moaning like a useless person.
Till now it just happen, shouting deep in my heart, the same moan, everyday.. “Allah.. Please save me and my son” ..

No comments

Jun 30

“Saat Lafaz Sakinah”

Category: Uncategorized

A very nice song and lyrics.. Credit to pencipta lagu dan pencipta lirik.

Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East

Kasihku Abadi

Heningnya…
Sunyi suasana…
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda

prechorus:

Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu

Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

p/s – All the nice pic in this website are belongs to Facebook:Heart Pearl’s Photo.. ~Kasihku Abadi~
Thanks dear.

2 comments

Jun 30

Lafaz Sakinah bermula..

Category: Uncategorized

Assalamualaikum.. Last week, I went to my friend’s big day.. located at Puchong, Idzuan and Ros was very nice with their wedding suits.
Haish..teruknya English, terkial-kial nk menaip.. Ya Allah, sungguh sekiranya aku punyai sedikit lebihan wang, mmg aku akan ke kelas English tambahan di UPM ni, tp dgn fee RM1600.00, mane aku nk dapat??!! Ummu loooser..huh..

I’ve been given a song, a very nice new song from Far East — “Saat Lafaz Sakinah”.. sungguh lagu itu membuatkan mata ku bergenang setiap kali mendengarnya.. sungguh aku rindukan kekasih hatiku yg jauh. sungguh aku ingin utk melihat seorang lelaki yg benar2 boleh memimpin seorang wanita.. sungguh, sekadar melihat pn xpela.. sungguh tatkala ijab itu dilafazkan, harapan dan doaku agar wahai suami, jadilah suami yg benar2 memelihara puteri seorang wali.. yg diamanahkan kepada mu.

Wahai suami, bersabarlah dengan karenah aku (wanita) ini.. Sungguh ku akui, aku wanita yg lemah dan tidak berupaya, janganlah engkau biarkan aku bersendirian dalam mencari hala tuju hidupku, aku perlukn bimbingan.. bantulah aku dalam mencari keredhaan Allah.. walau sejauh mana cela ku yg kau lihat, walau sebodoh mana mulutku dan tindakan ku menyimpulkan suasana, namun bukan itu sebenarnya hatiku.

Buat semua yang bakal bergelar suami, buat sahabat2ku yg bakal atau bergelar suami, bersabarlah dalam melalui hidupmu. Bantulah wanita itu, isterimu,dalam menempuh hidup ini. Sungguh cintanya hanya pada dirimu. Sungguh walinya hanya ingin melihat puterinya bahagia bersama mu.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami untuk meneruskan hidup ini. Ya Allah, peliharalah cinta kami. Ya Allah, berilah redhaMu kepada kami, agar kami berada di bawah lembayung rahmatMu, pandulah kami menuju sakinah ini, di dunia dan akhirat. Amiin.

Hayati lah lagu ini :
03 Saat Lafaz Sakinah

p/s – dunno la cmne nk post lagu kt site ni, dh ada dlm media folder, tp bila post, xmau jalan plak link ni..so amik yg youtuba la ye :)
will upload the lyrics for the next post

Kasihku Abadi

Selamat Pengantin Baru dan selamat menempuh hidup yang baru.
Semoga kalian berbahagia dan dirahmati Allah sentiasa.

No comments

Jun 3

Happy Anniversary, my beloved !!

Category: Uncategorized

Hari ini, bertahun yg lepas.. Allah memberi kebahagiaan pada ku, dan Allah boleh mengambilnya bila-bila shj.. Tapi tidak salah rasanya, untuk ku kenang hari yang ku syukuri nikmatnya ini.. Ya Allah, berkatilah nikmat Mu pada ku ini..

Salam Ulangtahun kasih sayang wahai kekasih di hati.. Semoga Allah memberi rezeki anak dan zuriat yang soleh dan solehah. amiin.

3 comments

Jun 1

Waiting..

Category: Personal

People always say..”Time will give a relief”..
But how and why I still waiting..
“Oh Allah.. please give your bless to my intention.. please make it happen.. Ya Allah.. only to you, I beg for strength”..

No comments

May 26

To all mum-to-be, my beloved friends :)

Category: Personal

Assalamualaikum semua..
Nampaknya sekarang ramai yang sedang berbadan dua, tak lupa juga yang sedang berbulan madu, juga yang sedang merancang untuk hari bahagia.. Salam dari kejauhan buat kalian, lamanya kita tidak mendengar khabar berita :)

Di sini, saya bukanlah hendak memberikan tips untuk mereka yang mengandung, tetapi lebih kepada kata-kata peransang (hopefully) yang diambil dari pelbagai sumber.

Mungkin sesetengahnya ,masih baru di alam perkahwinan, mendapat berita akan bakal cahaya mata yang sedang aman di dalam rahim. Tenang, lena di dalam pelukan rahim ibu, tanpa mengetahui ibu sedang ‘melayan’ loya sehingga makan pun tidak lalu,muntah yang selalu, emosi yang tidak menentu. Mujurlah ada suami tempat mengadu. Tidak mahu masak, sbb tidak tahan bau,suami tersenyum menahan lucu isteri yang mengadu, dan diterimanya, lantas berusaha membeli makanan (or mungkin masak sendiri), memujuk isteri menjamah mknn sesuap sudu, supaya dirinya tidak lemah, walaupun sebenarnya isteri bukan tidak mahu, tetapi tau lepas jamah, sinki lah tempat dituju. Maha suci Allah, membantu kita (isteri) melalui detik-detik ini dengan suami yang sentiasa di sisi.

Jika kaki bengkak, ada suami yang tolong urutkan. Jika tidak lalu makan, ada suami yang tolong suapkan. kadang-kadang merengek tiada tujuan, pun ada suami yang tolong pujukkan. Jika ke tempat kerja, ada suami yang tolong hantarkan. Allah kirimkan pertolongan melalui suami kita yang tercinta, menjadikan kita kuat. Bersyukurlah.

Ada juga bakal ibu yang kasihkan anak di kandung, melalui tempoh loya dan lemah, sama seperti ibu yang lain, tetapi masih gagah memasak utk suami, walaupun setiap kali tercium bau nasi yang ditanak, sinki la tempat tujuan. Masih berdaya walaupun tidak makan, kerana keluhannya suami menjadi tidak keruan, membawa diri mengubat hati sendiri. Tidak mengapalah, suami keluar mencari makan sendiri kerana isteri tidak mampu utk masak pada hari ini. Isteri masih berdaya, masih tiada bengkak di kaki (atau buat-buat tiada?), walaupun seharian berjalan mencari rezeki. Maha suci Allah,beruntungnya dirimu, Allah memberi pertolongan terus melalui setiap darah yang mengalir dalam dirimu. Tidak perlu pembantu untuk meleraikan hatimu yang emosinya tidak menentu, tidak perlu pembantu untuk mengurut kakimu, tidak perlu pujukan suami untuk memberi ketabahan hatimu, kerana Allah terlebih dahulu membantumu, melalui setiap urat nadi dirimu sendiri, menjadikan dirimu kuat. Bersyukurlah.

Ada kisah ibu rahimnya tidak kuat, selalu berlaku pendarahan, tidak boleh mengangkat yang berat-berat, nanti memberi kesan pada kandungan, tetapi lihatlah cara Allah membantu ibu itu. Biasanya di sampingnya terdapat suami yang sangat prihatin. Ada ibu mertua/ibu/pembantu yang prihatin. Memelihara dan menjaganya. Allah tetap akan membantu seorang ibu.

Ada pula kisah ibu yang perlu melakukan kerja yang berat (jauh berjalan, berat kan bg ibu mengandung?), kerana kasih pada suaminya, pada anaknya, tidak betah melalui hidup yang penuh mehnahnya, sendiri. Wahai ibu, Allah membantu dirimu terus pada dirimu. Walaupun ibu ini diam sendiri, tetapi Allah membantunya melalui setiap urat nadinya sendiri, pada setiap titisan darahnya. Allah tidak perlukan ‘pembantu’ untuk membantu dirimu.


Alhamdulillah, kurnia dari Allah – “Hamba Allah yang Baik”


Anak penghibur hati, pengubat rindu.. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan

Benar, dan diakui, walau dlm apa jua keadaan, Allah tidak perlukan pembantu untuk melakukan apa sahaja. Atas kehendak Allah jualah terjadinya sesuatu yang di langit dan dibumi.

Oleh itu, janganlah kita berada dlm duka yang tidak bertepi jika kita tidak disayangi, kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan janganlah sentiasa melayan ketidak puasan di hati sedangkan kita disayangi. Namun, kita adalah manusia, diciptakan Allah dengan perasaan emosi, jadi tidak salah untuk berasa duka dan bersedih, cuma biarlah ia hanya sesekali. Pujuklah diri, dengan harapan pada ALlah.

Bukanlah niat nota ini untuk membandingkan tetapi sebagai membuka pandangan utk memujuk hati.
Tabahlah wahai ibu/bakal ibu sekalian :)


We both need you, Abi

“Ya Allah..amankanlah kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat”

‘Rindunya hidup berbulan madu, dan berbadan dua..’

No comments

Feb 12

Selamat Hari Ulangtahun, Abdullah Hasan…

Category: Uncategorized

Menjelang tiba 13 Februari 2010.. Selamat Ulangtahun Kelahiran, Happy Birthday to you, my dearest son.. Abdullah Hasan bin Mohd Shakir, 2 tahun sudah.

Abdullah Hasan

Semoga Allah melindungi dirimu dari sebarang bahaya di langit dan di bumi. Mummy doakan semoga Abdullah Hasan menjadi hamba Allah yang soleh, anak yang soleh dan berjaya dunia dan akhirat.

Mummy akan cuba sedaya upaya menjadi mummy dan abi buat Abdullah Hasan, akan cuba memberi yang terbaik. Doakan mummy juga supaya tabah, hehe. Semoga hari yang mendatang memberi keceriaan buat si kecil tersayang ini :)
mmmmuuuuaahhhh :)

I Love You !!!

No comments

Feb 11

Maulud Nabi .. Jom Jenderam : “http://yayasanaljenderami.blogspot.com/”

Category: Uncategorized

Salam sejahtera buat kawan-kawan sekalian…

Rutin hidup seharian sangat meninggalkan kita jauh dari kumpulan ilmu..bersama dengan kehidupan yang memenatkan, apa yg di cari sebenarnye bukanlah sesuatu yang hakiki. Walau pun kita manusia yang lemah ini cuba sedaya upaya utk memenuhi tuntutan agama melalui tanggungjawab yang digalas, namun seringkali kita tergelincir dan tenggelam dalam membuat pilihan. Justeru dalam kesilapan kita, Allah bertindak ‘menegur’ kita melalui kesakitan, kepedihan dan kesedihan hidup. Tika Allah berbicara, barulah kita merasa betapa hinanya diri.

Sahabat sekalian, kini hampir tiba hari kelahiran Rasul Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W. Sebagaimana kita menyambut hari kelahiran orang yang tersayang, begitulah juga kita sepatutnya menyambut hari Nabi yang akan/diharapkan dapat memberi syafaat pada kita id akhirat kelak, malah lebih lagi. Kehadiran ulangtahun kelahiran anak ku pada 13 Februari ini ditunggu, begitu juga dengan kelahiran Nabi. Hari yang ditunggu, tp isiannya masih belum di rencanakan.

Lalu teringat pada sebuah kampung yg damai yang pernah ku jejak dahulu, melihat dengan mata kasar nsan-insan yang digelar ulama’. Cemburu dengan qaryah kampung yang begitu dekat dengan tempat ilmu itu, cemburu juga dengan kaum adam yang dapat bersalam dengan para ulama’, pewaris nabi itu. Sudah lama kaki ini tidak menjejakkan kaki ke sana, tetapi tetap dlm ingatan di hati. Sibuk dan tersekat dengan hambatan dunia dan keinginan diri yang sgt fana, hanya hati yg smpi ke tempat ilmu itu, lalu keluhan dilepaskan, “Bila lah agaknya nk pergi lagi”..

Atas keinginan untuk meraikan Maulid Nabi, dan menjejaki kampung itu, ku titipkan di sini, sebuah ajakan untuk kalian, sama-sama menghadiri majlis yang penuh barakah ini. Semoga diri ini juga dapat menjejakkan kaki di sana, dan juga kalian yang sudah lama tidak bertemu.

Selamat menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. Jom Jenderam :)

No comments

Next Page »