Archive for the 'Personal' Category

Rindu ini..

August 05th, 2010 | Category: Monolog

rindu ini masih bertamu
cinta ini masih bersyahdu
kasih ini masih berliku

kata orang cinta itu buta
kata lagi jika sayangkan orang lepaskanlah dia
itulah yang aku damba
sedang hati ini merelakan
doa dan harapan masih berbunga
tanpa jemu tanpa curiga
ku tuju hanya padaMu yang Maha Esa
kerana Engkaulah yang mempunyai kuasa

saat diri mengharungi bahtera
menyusun langkah dan rasa di dada
melukis hamparan yang tiada benarnya
jatuhku merundum rasa yang hina
sungguh aku perlukan dirimu
memautku menemanku bersama
namun.. tangisan ini tiada berbaki
ku gagahi kaki ini untuk terus berdiri
memimpin si kecil melatihnya untuk terus berlari
walau jatuhku berulang kali

Ya Allah.. padaMu tempat aku bermohon
diberi kekuatan dan kesabaran
agar diri ini masih terpelihara
di bawah lembayung kasihMu yang Esa

kasih ini tiada hujungnya
kasih mengurai cinta yang sama

2 comments

Moaning..

July 26th, 2010 | Category: Personal

There was a time when I’m begging and saying for something like ..
“Please save me and our son, dear”.. never been heard but been blamed for moaning like a useless person.
Till now it just happen, shouting deep in my heart, the same moan, everyday.. “Allah.. Please save me and my son” ..

No comments

Waiting..

June 01st, 2010 | Category: Personal

People always say..”Time will give a relief”..
But how and why I still waiting..
“Oh Allah.. please give your bless to my intention.. please make it happen.. Ya Allah.. only to you, I beg for strength”..

No comments

To all mum-to-be, my beloved friends :)

May 26th, 2010 | Category: Personal

Assalamualaikum semua..
Nampaknya sekarang ramai yang sedang berbadan dua, tak lupa juga yang sedang berbulan madu, juga yang sedang merancang untuk hari bahagia.. Salam dari kejauhan buat kalian, lamanya kita tidak mendengar khabar berita :)

Di sini, saya bukanlah hendak memberikan tips untuk mereka yang mengandung, tetapi lebih kepada kata-kata peransang (hopefully) yang diambil dari pelbagai sumber.

Mungkin sesetengahnya ,masih baru di alam perkahwinan, mendapat berita akan bakal cahaya mata yang sedang aman di dalam rahim. Tenang, lena di dalam pelukan rahim ibu, tanpa mengetahui ibu sedang ‘melayan’ loya sehingga makan pun tidak lalu,muntah yang selalu, emosi yang tidak menentu. Mujurlah ada suami tempat mengadu. Tidak mahu masak, sbb tidak tahan bau,suami tersenyum menahan lucu isteri yang mengadu, dan diterimanya, lantas berusaha membeli makanan (or mungkin masak sendiri), memujuk isteri menjamah mknn sesuap sudu, supaya dirinya tidak lemah, walaupun sebenarnya isteri bukan tidak mahu, tetapi tau lepas jamah, sinki lah tempat dituju. Maha suci Allah, membantu kita (isteri) melalui detik-detik ini dengan suami yang sentiasa di sisi.

Jika kaki bengkak, ada suami yang tolong urutkan. Jika tidak lalu makan, ada suami yang tolong suapkan. kadang-kadang merengek tiada tujuan, pun ada suami yang tolong pujukkan. Jika ke tempat kerja, ada suami yang tolong hantarkan. Allah kirimkan pertolongan melalui suami kita yang tercinta, menjadikan kita kuat. Bersyukurlah.

Ada juga bakal ibu yang kasihkan anak di kandung, melalui tempoh loya dan lemah, sama seperti ibu yang lain, tetapi masih gagah memasak utk suami, walaupun setiap kali tercium bau nasi yang ditanak, sinki la tempat tujuan. Masih berdaya walaupun tidak makan, kerana keluhannya suami menjadi tidak keruan, membawa diri mengubat hati sendiri. Tidak mengapalah, suami keluar mencari makan sendiri kerana isteri tidak mampu utk masak pada hari ini. Isteri masih berdaya, masih tiada bengkak di kaki (atau buat-buat tiada?), walaupun seharian berjalan mencari rezeki. Maha suci Allah,beruntungnya dirimu, Allah memberi pertolongan terus melalui setiap darah yang mengalir dalam dirimu. Tidak perlu pembantu untuk meleraikan hatimu yang emosinya tidak menentu, tidak perlu pembantu untuk mengurut kakimu, tidak perlu pujukan suami untuk memberi ketabahan hatimu, kerana Allah terlebih dahulu membantumu, melalui setiap urat nadi dirimu sendiri, menjadikan dirimu kuat. Bersyukurlah.

Ada kisah ibu rahimnya tidak kuat, selalu berlaku pendarahan, tidak boleh mengangkat yang berat-berat, nanti memberi kesan pada kandungan, tetapi lihatlah cara Allah membantu ibu itu. Biasanya di sampingnya terdapat suami yang sangat prihatin. Ada ibu mertua/ibu/pembantu yang prihatin. Memelihara dan menjaganya. Allah tetap akan membantu seorang ibu.

Ada pula kisah ibu yang perlu melakukan kerja yang berat (jauh berjalan, berat kan bg ibu mengandung?), kerana kasih pada suaminya, pada anaknya, tidak betah melalui hidup yang penuh mehnahnya, sendiri. Wahai ibu, Allah membantu dirimu terus pada dirimu. Walaupun ibu ini diam sendiri, tetapi Allah membantunya melalui setiap urat nadinya sendiri, pada setiap titisan darahnya. Allah tidak perlukan ‘pembantu’ untuk membantu dirimu.


Alhamdulillah, kurnia dari Allah – “Hamba Allah yang Baik”


Anak penghibur hati, pengubat rindu.. Ya Allah, berikanlah kami kekuatan

Benar, dan diakui, walau dlm apa jua keadaan, Allah tidak perlukan pembantu untuk melakukan apa sahaja. Atas kehendak Allah jualah terjadinya sesuatu yang di langit dan dibumi.

Oleh itu, janganlah kita berada dlm duka yang tidak bertepi jika kita tidak disayangi, kerana Allah sentiasa bersama kita. Dan janganlah sentiasa melayan ketidak puasan di hati sedangkan kita disayangi. Namun, kita adalah manusia, diciptakan Allah dengan perasaan emosi, jadi tidak salah untuk berasa duka dan bersedih, cuma biarlah ia hanya sesekali. Pujuklah diri, dengan harapan pada ALlah.

Bukanlah niat nota ini untuk membandingkan tetapi sebagai membuka pandangan utk memujuk hati.
Tabahlah wahai ibu/bakal ibu sekalian :)


We both need you, Abi

“Ya Allah..amankanlah kami, ampunilah dosa-dosa kami, dan kurniakanlah rahmat kepada kami, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat”

‘Rindunya hidup berbulan madu, dan berbadan dua..’

No comments

Ya Allah..patahnya hatiku

December 09th, 2009 | Category: Personal

Ya Allah..Engkaulah Tuhanku yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui..
Ya Allah..patahnya hatiku di kala ini. Ya Allah, Engkau sajalah yang mengetahui.
Ya Allah.. Engkau saja la aku serahkan permasalahan ini. Akhirkan lah dengan kebaikan.
Ya Allah.. Engkau sajalah yang mempunyai kekuasaan, tidak dia, tidak juga satu makhluk pn.
Engkau sajalah yang aku serahkan hidup ku.
Engkau sajalah tempat aku serahkan anak ku.
Engkau sajalah tempat aku serahkan cinta di hatiku ini.
Semua nya adalah milik-Mu ya Allah.
Cinta ini juga adalah milik-Mu ya Allah.
Hanya pada Engkau sajalah aku serahkan kembali. Ambillah cinta ini dariku. Ambillah dan bawalah cinta ini pergi dariku dan ambillah juga cinta ini darinya.
Namun sekiranya keadaan ini yang Engkau tetapkan untukku, berilah kekuatan kepadaku dan anakku untuk menempuh hidup ini.
Engkaulah Tuhan yang berkuasa mengadili dan memberi balasan.
Engkaulah Tuhanku yang berkuasa.
Engkaulah segala-galanya.
Engkaulah Tuhan aku berserah diri, Ya Allah.
Berilah petunjuk kepada ku dan sekalian manusia yang berada di sisiku.
Berilah kasih syg kepada semua yg aku kasihi.
Ya Allah, Engkaulah Tuhanku..
Engkaulah Pentadbir sekalian alam
\**/

No comments

Shopping for the love one

August 20th, 2008 | Category: Personal

This post has been wrote on December 2007..

It’s time for me to go for a shopping, which asked by my husband as he always prevent when I ask to buy things. Maybe he knew to be ready as early 7 months pregnancy after have been told by his family during last ‘Hari Raya Haji’  holidays. It’s good for me and him too and of course to the baby. Anakku  sales at Alamanda is hot, as when we go there, people surprisingly said ‘Eh..murahnya!..’  and it’s really cheap till 70% discount. Do you know Geetha? It’s not people’s name, it’s one of the mattress model made by ‘getah’ and we really admire how comfort the mattress are and we get it for our baby!  

2 comments

Bismillahi Ar-Rahman Ar-Rahim

October 30th, 2007 | Category: Personal

Dengan nama Allah.. Welcome to my site. This site does not relate to my current employer but simply just about what I’m doing in my life. Hope this site can give a lot of benefit and do not hesitate to give any comments to me.

 

 

2 comments